Isnin, 29 November 2010

sebahagian hasil kerja seni khat mural di berapa buah sekolah





Hasil kerja seni khat mural di sekolah Seafield


selamat datang ahlan wa marhaban bikum

Asalamualaikum wrth kth....selamat datang ke blog saya, dan saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian teman-teman dan sahabat sekelian yang sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ini moga pertautan tali persaudaraan kita akan terjalin dari masa kesemasa hingga lah sampai bila. syukran.

Ahad, 28 November 2010

bersama memartabatkan warisan seni Islam

Islam bersifat universal dan sejagat, datangnya dengan dibawa oleh junjungan besar yang kita kasihi, Rasulullah SAW sebagai rahmat kesekelian alam, kedatangan agama tauhid ini lengkap sebagai satu cara hidup yang terkandung di dalamnya berbagai undang-undang dan peraturan yang menjamin kesejahteraan hidup manusia, pendidikan kebudayaan, ketenteraan, keluarga, mualamalat, munakahat, sehingga kepada sekecil perkara seperti membuang air kecil semua telah diajar oleh Islam yang membawa kepada amalan soleh sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
begitu jua halnya dalam kesenian Islam, bakat seni dan keindahan setiap perkara dipandu oleh agama tauhid ini semuanya kearah mentauhidkan Allah SWT. Seni menjadikan manusia bersifat halus perasaanya, menghargai keindahan ciptaan Allah, dan ia menjadikan kita sentiasa sensitif terhadapNya, seni menjadikan kita merasdai bahawa kehidupan ini indah dengan hidup secara Islam, berusaha menjadi mukmin tyang beriman, seterusnya menjadi mukmin yang bertaqwa